Browse » Home
Israk Mikraj
19.7.09Assalamualaikum...ingin akak kongsi peristiwa pahit manis bersama-sama teman pada ruangan ini sebelum majlis israk dan Mikraj.Rutin setiap pagi menghantar anak ke sekolah tapi pagi ini semasa memandu tidak perasan pula tayar pancit, terpaksa behentikan kereta tepi jalan ,tumpangkan anak pada jiran shela yang kebetulan lalu pada masa itu . Terima kasih padanya.Tel adik untuk minta tolong tukarkan tayar memandangkan tiada lagi workshop yang buka.Sementara itu pinjam kereta adik untuk pulang ke rumah dan menyiapkan beberapa perkara yang erlu disiapakan.Pada jam 10.00pagi akak dan seorang jiran atie ke NSK membeli barang seperti pinggan mangkuk untuk majlis malam nanti.Semasa perjalanan pulang tiba-tiba anak dari Perlis tel lalu akak menjawab tidak perasan pula ada polis trafik dihadapan alamak saman la jawabnya....polis 2 cakap saman tak lebih dari RM300 menggunakan tel bimbit.apalah nasib dah 2 kali malang.Berehat sekejap tel bedering ustaz utk ceramah malam ini tidak dapat hadir kerana adab kecemasan di kampungnya beliau terpaksa balik ke kedah. lagi satu masalah . Jam dah menunjukkan pukul empat petang . terpaksa ke sek Agama Kafa mencari ustaz disana. Jumpa dengan Ustaz Norman beliau pula tidak biasa berceramah ditempat terbuka tetapi beliau berjanji akan cuba menolong mencari ustaz. pening kepala . Terus ke rumah timbalan pengerusi lin menceritakan masalah beliau terus menelifon sepupunya untuk mencari ustaz .Alhamdulillah dapat ustaz. Yang Arif Tuan Ustaz Zainal Abidin Kusmin. Hakim Makamah Syariah Sepang merangkap Ahli Jawatan kuasa Falak Syarie Negeri Selangor. Alhamdulillah...majlis berjalan dengan lancar . Penduduk Blok26 begitu "sporting" keluar beramai-ramai mendengar ceramah ini. Selain dari peristiwa israk Mikraj ustaz juga menyelitkan beberapa isu contoh seperti makanan pada masa kini dan betapa penting menjaga lidah. Menu yang disediakan seperti nasi lemak , roti canai dan lain lain yang disumbangkan oleh AJK Jiran Wanita blok 26. Setinggi terima kasih kepada semua penduduk walaupun kerusi tak cukup sanggup duduk atas lantai bersama-anak-anak.syabas. Terima kasih juga kepada semua barisan AJK jiran Wanita RT blok 26 yang sanggup bekerjasama memberi buah fikiran dan menggunakan sekuat tenaga untuk menjayakan malis yang petama kali yang dianjurkan oleh Jiran wanita. Pengerusi RT En.Taharuddin ,En Azmi setiausaha dan tak lupa En. Amir yang berhempas pulas untuk memastikan majlis ini berjaya serta semua yang terlibat dan yang memberi sumbangan . InyaAllah segala kelemahan akan diperbaiki.
Bookmark This:
Related Posts:
2 comments to "Israk Mikraj"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Rabu, Julai 29, 2009
syukur.....majlis berjalan ngan baik......
Isnin, Ogos 03, 2009
salam muhibbah
buat kali pertama saya terpanggil untuk memberi komen yg positif maaf yae bukan nya negetif ya ibu ibu.tahniah kepada ibu2 semua kerana dapat menjayakan majlis itu dgn jaya nya. selepas ini marilah kta bersama2 mencari jalan bagaimana kita bolih manambahkan balik wang yg telah digunakan bagi menjanakan dan menjayakan aktiviti yang akan datang.insyallah